Saturday 5 April 2014

Asal Usul Kaum Bidayuh

Suku Bidayuh

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian SerianKuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:


  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
  3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)[1]
  5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)
Mereka kebanyakannya beragama Kristian.

Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.

Isi kandungan  [sorokkan

Bahasa[sunting | sunting sumber]Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah suku atau dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man". Ada juga bidayuh yang baru dikenali sebagai Bidayuh Kuching Tengah atau "Bidayuh Moden ( Baru ), oleh kerana bahasa dan adat yang bercampur dari bidayuh bau jagoi dan bidayuh padawan.Kaum Bidayuh ini boleh ditemui dikawasan perkampungan berdekatan dengan bandar kuching iaitu : 1. Kampung Tematu Simorang 2. Kampung Semeba 3. Kampung Sudat 4. Kampung Bumbok

Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber]Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

Seni Muzik[sunting | sunting sumber]Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.

Senjata Tradisi[sunting | sunting sumber]Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, "jepur" (seakan samurai) dan "rira" (meriam kecil)adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ini untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian.

Asal Usul Kaum Iban

Kaum Iban atau Kaum Dayak Iban (dalam bahasa Iban, Iban bermaksud Orang / Manusia), adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei dan Tawau Sabah. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial Kaum Iban terjadi semasa di Tampun Juah, sebelum berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kelompok Dayak Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian bahasa Iban Laut bermaksud Melayu. Jika diistilah secara betul Dayak Laut dalam bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu rumpun Dayak Laut iaitu Dayak Malayic atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari rumpun Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh rumpun Bidayuh. Kaum Iban dengan jumlah sekarang sebanyak 1,000,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum keempat terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina dan India. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di selatan Sarawak hingga ke Tawau Sabah (sebelah utara Sarawak), tetapi kepadatan penduduk Iban tertumpu di bahagian Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri di Sarawak dan sepanjang Sungai Batang Kapuas di Kalimantan Barat. Sekarang, Kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Johor, Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Suku-suku yang termasuk Rumpun Iban (Ibanic) dengan kod bahasa : IBA, diantaranya :
1:Suku Iban di Sarawak, Kalimantan Barat dan Brunei (kod bahasa : IBA)
2:Suku Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA)
3:Suku Mualang di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD)
4:Suku Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX)
5:Suku Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB)
6:Suku Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG)
7:Suku Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG)
8:Suku Iban Kantu di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA)
9:Suku Iban Bugau di Sarawak dan Kalimantan Barat (kod bahasa:IBA)
10:Suku Iban Desa di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA)
11:Suku Iban Dau di Sarawak (kod bahasa : IBA)
12:Suku Iban Lemanak di Sarawak (kod bahasa : IBA)
13:Suku Iban Skrang di Sarawak (kod bahasa : IBA)
14:Suku Iban Ulu Ai di Sarawak (kod bahasa : IBA)
15:Suku Iban Undup di Sarawak (kod bahasa : IBA)
16:Suku Iban Batang Lupar di Sarawak (kod bahasa : IBA)
17:Suku Selakau di Sarawak (kod bahasa : IBA)
18:Suku Ketungau di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA)
19:Suku Sekadau di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA)
20:Suku Sebaru di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA)
21:Suku Iban Peranakan (Perkahwinan campuran antara Kaum Iban dengan kaum-kaum lain)

PERTEMPATAN ORANG IBAN
Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri=ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan...

TRADISI ORANG IBAN
Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan masyarakat. Budaya menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau masih diamalkan hingga sekarang walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.

ADAT DAN HUKUMAN ORANG IBAN
Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-contoh adat ini termasuklah:
*Adat membina rumah
*Adat kahwin, cerai dan zina
*Adat beranak
*Adat bertani dan mengguna tanah
*Adat ngayau
*Adat gayap
*Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu
*Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda
*Adat begawai dan berupacara
*Adat hidup di rumah panjang
*Adat bertenun dan mainan masa lapang
*Adat menari ngajat dan betaboh
*Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
*Adat pergi atau mengembara

Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal-ehwal para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika sesuatu pertingkaian atau kes tirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani, ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan anggota-anggota masyarakat yang lain.
Mengikut buku yangditulis oleh Bendict Sandin[2], perlanggaran adat-adat ini akan dihukum mengikuti sistem tunggu dengan nilainya yang dipanggil mungkul iaitu satu mungkul sama dengan satu dollar ($1.00). Jadi, lebih berat atau besar kesalahan seseorang itu, maka lebih tinggilah jumlah mungkul yang akan diputuskan oleh ketua rumah atau penghulu.
Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh mendenda pesalah dengan telur ayam, paku besi, mangkok, pinggan dan mangkuk. Denda sebegini dipanggil sa-uta iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka yang terlibat.
Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi dengan tajau pada mahkamah ketua rumah atau padi pada mahkamah penghulu seperti berikutnya:

Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:
*Satu uta = $0.25
*Satu menukol = $0.50
*Satu jabir = $1.00
*Satu panding = $2.00
*Satu alas = $4.00
*Satu alas ngerang = $5.00
*Satu alas barejang = $6.00
*Satu alas betandok = $7.00
*Satu rusa = $8.00
*Satu menaga = $16.00
*Satu ningka = $32.00

Nama tunggu dengan berat padi (kati) = Nilai dollar dahulu = Nilai dollar pada 1980an dan sekarang:
*5 kati = $3.60 = $5.00
*10 kati = $7.20 = $10.00
*20 kati = $14.40 = $20.00
*30 kati = $21.60 = $30.00
*1 pikul = $28.80 = $100.00

Di kawasan-kawasan pedalaman, hukuman bagi kes-kes kecil masih dibayar dengan lima puluh sen ($0.50) untuk satu jabir yang biasanya bernilai satu dollar ($1.00). Sistem denda ini bersala daripada decree riegim Brunei sebelum kedatangan Brooke dalam tahun 1840. Orang Iban panggil sistem denda ini sebagai "jabir Iban" yang berbeza dengan "jabir perintah" seperti jadual berat padi dan nilai tajau di atas.
Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua rumah akan membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga yang hadir dalam mesyuarat (betugong) menyelesaikan kes-kes itu.
Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh besar yang boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan roh, para pesalah adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan darahnya digunakan untuk menyucikan tanah dan air darpada dosa yang telah dilakukan. Di samping itu, para pesalah juga diminta untuk memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk orang yang menyembelih babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah.
Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain secara tidak sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji tajau kepada keluarga si mati. Jika gagal membayar, dia dan keturunannya akan menjadi hamba kepada keluarga si mati sehinggalah mereka melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh tuan punya mereka.
Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa "ngayau" (serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati nyawa dua biji tajau kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan ini, dia mestilah menyerah diri sebagai hamba kepada keluarga si mati.
Apabila ketua rumah mengetahui satu keslahan besar seperti zina telah berlaku, dia akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini menandakan kepada umum bahawa kesalahan itu adalah dalam proses perbicaraan dan penyelesaian untuk mengelakan pertumbahan darah di mana ketua rumah boleh didenda jika dia gagal membendung kejadian itu daripada berlaku. Mengikut tradisi dahulu, si suami atau isteri boleh membalas dendam serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika pasangan itu didapati sedang melakukan zina.

MESYUARAT DAN BICARA
Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi, salah seorang atau kedua-duanya sekali boleh merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan. Pertma sekali, tuai rumah akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka.
Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut:
*"Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.

Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan hal mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut:

*Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".

Jika mereka masih bertelagah, tuai rumah akan menentukan suatu tarikh perbicaraan dengan memanggil semua ketua keluarga dan anggota rumah panjang ke suatu mesyurat besar. Selepas makan malam, tuai rumah akan membentang tikai dan memanggil semua orang untuk datang duduk di ruai ketua rumah. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan dipanggil duduk berdepan dan bersemuka antara satu sama lain. Pihak pendakwa akan diminta bercakap dahulu dan diikuti oleh pihak tertuduh. Selepas itu, semua saksi akan dibenarkan bercakap satu demi satu. Seterusnya sesi pertanyaan, jawapan dan perbincangan berlaku sehingga isu-isu pertikaian atau pertelagahan telah dikenalpasti dan kedua-dua pihak telah diberi peluang secukupnya untuk bersuara. Kemudian, ketua rumah akan meninta para anggota tertua dan setiap ketua keluarga untuk memberikan pandangan terhadap kes yang dibicarakan. Akhir sekali, ketua rumah memutuskan pihak mana yang bersalah berdasarkan adat mana yang berhubungkait dengan kes yang dibicarakan dan menyatakan hukumannya.
Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu kepada penghulu. Kalau penghulu bersetuju untuk membicarakan sesuatu kes, beliau akan menetapkan satu tarikh kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan termasuk ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti diadakan oleh ketua rumah akan diikuti oleh penghulu. Selepas mendengar ucapan dari kedua belah pihak dan ketua-ketua rumah, penghulu akan memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan hukumannya sekali.
Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat rayuan kepada mahkamah pribumi atau daerah dalam masa seminggu. Jika tidak, kes tersebut dikira selesai dengan sendirinya sperti yang diputuskan.
Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka secara peribadi tanpa bicara untuk menjaga air muka diri sendiri dan keluarga dan mengelak jumlah hukuman yang semakin meningkat daripada ketua rumah ke atas. Ada pepatah masyhur yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat adat, seseorang akan kekal pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah diamalkan dengan akal fikiran untuk menjaga keharmonian hubungan masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi bantal. Bila berjalan, adat dijadikan tungkat."
Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau penghulu akan dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing. Sesipa yang tidak menghormati mahkamah juga akan dihukum sebelum mahkamah boleh bersambung.

KEGUNAAN TAJAU
Tajau iaitu tempayan-tempayan seramik adalah singguh dihargai oleh masyakarakat Iban sebagai harta pusaka keluarga masing-masing. Pada masa dahulu sewaktu mata wang atau duit tunai susah diperolehi, segala hukuman ke atas perlanggaran adat boleh dibayar dengan tempayan. Amalan ini dipanggil adat mata tajau. Jika hukuman tidak dapat diisi atau hutang tidak dapat dilangsaikan misalnya membayar dengan tajau jika tiada duit, seseorang itu akan menjadi jaum atau hamba kepada orang yang telah disalahi atau memberi hutang. Tajau juga digunakan semasa upacara suci dan perayaan gawai kepercayaan asal. Kadang-kala sesetengah tajau dianggap mempunyai kuasa ghaib.
Ada beberapa jenis tajau seperti berikut mengikuti nilainya: Jenis tajau = Nilai dalam dollar ($) pada masa dahulu kala[3]: Salang-alang = 150.00 Rusa Salang-alang = 200.00 Begeri = 200.00 Rusa Begeri = 200.00 Rusa Randok = 250.00 Betanda Begeri = 200.00 Betanda Bendar = 280.00 Menaga = 300.00 – 350.00 Ningka Menaga = 320.00 – 370.00 Ningka Bendar = 400.00 Ningka Betanda = 320.00 Sergiu = 600.00 – 900.00 Guchi = 700.00 – 1,000.00
Pada masa sekaramg, harga-harga tajau ini dijangka telah melambung berlimpat kali ganda kerana tajau-tajau ini telah dianggap ahrat pusaka yang klasik dan unik dan tidak dibuatkan lagi, jadi tiada bekalan lagi.

PERAYAAN GAWAI
Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung dengan sembilan peringkat yang berturut-turut untuk memyembah Sengalang Burong dan keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan secara ajaib, Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai Umai seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu untuk mengasah tajam peralatang besi sebelum menebas dan menebang, Gawai Ngalihka Tanah untuk memajak tanah yang tidak subur lagi, Gawai Benih untuk menimang benih padi supaya sihat, subur dan berhasil, Gawai Ngemali Umai untuk mengubati padi huma yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian padi, Gawai Bersimpan Padi selepas menuai, Gawai Pangkong Tiang apabila pindah ke rumah baru, Gawai Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih keluarga, Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah), Gawai Sakit untuk mengubati pesakit selain begama (bersentuh), belian (berubat oelh manang), besugi sakit dan berenong sakit, Gawai Antu untuk menghormati orang yang telah meninggal, Gawai Bertambah Bulu untuk menjahit sehelai baju kesihatan dan Gawai Nangga Langit untuk memohon pengampunan daripada dewa. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh didapati di rumah panjang.

SISTEM BAHASA DAN TULISAN ORANG IBAN
Rumah panjang Iban moden di Bahagian Kapit
Kaum Iban dikenali dengan "Master of Language" oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang di kalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam puisi dan prosa dalam Bahasa Inggeris.
Puisi rakyat (leka main) Iban boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan bentuk dan fungsi mereke masing-masing iaitu untuk acara hiburan, upacara invokasyen dan acara rasmi. Puisi untuk acara hiburan sosial termasuklah bejara, pantun, ganu, ramban, jawang, sugi, renong semain, ensera (epik atau saga), entelah, pelandai karung, dan pelandai ara. Manakala puisi untuk acara keramaian rasmi merangkum renong adat, tanya indu, pantun meri ngirup, dungai ngerasukka tinchin, ai ansah dan geliga. Puisi untuk upacara invokasyen terdiri darpada sampi (doa), biau, timang, pengap (zikir), pelian, sugi sakit, renong sakit dan sabak bebuah.
Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban adalah tidak jauh berbeza di setiap tempat (kecuali dari segi intonasinya) bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah, Malaya dan seluruh dunia. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan bergambar yang disebut 'papan turai' untuk membantu proses ingatan kepada puisi rakyat (leka main) seperti tusut, pengap dan sabak yang sungguh panjang dan mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan gawai tertentu. Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke hari ini.
Kemudiannya sistem abjad Dunging telah dicipta oleh seorang Iban sendiri yang bernama Dunging. Sistem tulisan Dunging mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem ini sedang diselidik sekrang ini supaya boleh ditaip daripada komputer sperti tulisan Cina, Jawi dan Roman

CONTOH BAHASA IBAN
*SeLamat Datai = Selamat Datang
*Nama berita? = Apa khabar?
*Sapa nama? = Siapa nama?
*Udah makai? = Sudah makan?
*Udah ngirup? = Sudah minum?
*Nyibur temuai = Menghibur pelawat
*Ai tiki = Air naik
*Ai aus = Air haus
*Ai basu = Air basuh
*Ai untong = Air untung
*Ai basa = Air hormat
*Ai tusut = Air turun-temurun
*Suku kata-kata Iban:
*makan=makai
*ngirup=minum
*bejalai=berjalan
*pulai=pulang/balik
*tama=masuk
*pansut=keluar
*sana=din
*sini=ditu
*kalau=enti
*boleh=ulih
*saya=aku
*kamu=nuan/dik
*nanti=legi
*kejar=gagai
*tak nak=enggai
*tidur=tinduk
*jalan=jalai
*terbang=terbai
*sebarang/sembarangan=sengapa
*meda=melihat
*nyabak=menangis

BUDAYA ORANG IBAN
Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:
*Ngajat
*Ngayau
*Ngajat

KEPERCAYAAN ORANG IBAN
Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.
Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan sampi dengan nama=nama berikutnya:
*Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan
*Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan
*Menjaya sebagai dewa perubatan
*Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan
*Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah
*Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan
*Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semengat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong sperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang Iban adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu
.
Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti berikut:
*Mimpi yang baik atau buruk
*Binatang bisa
*Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja

Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

KEGIATAN EKONOMI
Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang di mana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak di lembah-lembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pendek kata, penghijrahan orang Iban ke kawasan-kawasan baru adalah bertujuan untuk mencari tanah bagi tujuan bercucuk tanam dan mencari sumber makanan daripada hutang serta sekaligus mewarisi tanah-tanah ini sebagai tanah pusaka mereka dari turun-temurun.
Selain menanam padi, ornag Iban juga menanam getah, kopi, lada, koko dan sekarang ini kelapa sawit. Apabila harga hasil tanaman ini melambung tinggi, orang akan mendapat sumber pendapatan yang lumayan tetapi apabila harga menurun sehingga ke paras terendah, ekonomi mereka mula terjejas kerana kos penanaman tidak dapat lagi ditanggung walaupun tanah dipunyai sendiri dan tidak perlu disewa.

Monday 2 December 2013

SEJARAH RINGKAS TENTANG SARAWAK

(SARAWAK BUMI KENYALANG) Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manusia Zaman Batu tinggal di Gua Niah di Bahagian Miri 40,000 tahun yang lampau. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Pedagang-pedagang dari negeri China dan Siam belayar ke Borneo dalam abad ke-6 dan pada abad ke-11 mereka sampai di kampung di Santubong, ibu negeri yang pertama negeri Sarawak. Dalam tempoh ini agama Buddha dan agama Hindu disebarkan oleh empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra dan empayar Majapahit yang berpust di Jawa. Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:- - Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. - Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni. Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'. Dalam abad ke-15, Sarawak menjadi wilayah yang autonomi di bawah kuasa sultan Brunei. Namun yang demikian, apabila pemerintah sultan menemukan antimoni di hulu Sungai Sarawak dalam tahun 1820, rakyat Brunei menghantar Gabenor Pengiran Mahkota untuk menubuhkan ibu negerinya di Kuching. Walau bagaimanapun, masalah timbul selepas rakyat ditindas dan dikenakan cukai yang tidak adil yang memaksa Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk menghantar Perdana Menteri yakni Raja Muda Hashim, untuk menenteramkan rakyat tempatan. Semasa pemerontakan, seorang pengembara yang berbangsa Inggeris yang bernama James Brooke, tiba di Kuching dan lalu membantu mengatasi pemberontakan. Sebagai ganjaran terhadap bantuan itu, maka Raja Muda Hashim melantik Brooke sebagai Raja di negeri Sarawak. Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, kemudian beliau digantikan oleh anak buahnya yang bernama Charles Brooke. Berikutan kematian Charles pada tahun 1917, anaknya Charles Vyner Brooke mengambil alih sebagai Raja ketiga sehingga negeri Sarawak ditakluki oleh tentera Jepun dalam bulan Disember 1941. Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada 11 September 1954, pentadbiran tentera Australia memerintah negeri Sarawak selama beberapa bulan. Pada ketika itu negeri Sarawak yang sangat mundur menjadi bankrap. Dalam bulan Mei 1946 negeri Sarawak diserahkan kepada pihak 'Great Britain' oleh Vyner Brooke dengan ganjaran satu juta paun British. Sarawak kekal sebagai koloni selama 17 tahun sehingga 16 September 1963 ketika Persekutuan Malaysia (Penggabungan Malaya, Sabah dan Sarawak) terbentuk. :::Anak Melayu:::

(SARAWAK BUMI KENYALANG) Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manusia Zaman Batu tinggal di Gua Niah di Bahagian Miri 40,000 tahun yang lampau. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Pedagang-pedagang dari negeri China dan Siam belayar ke Borneo dalam abad ke-6 dan pada abad ke-11 mereka sampai di kampung di Santubong, ibu negeri yang pertama negeri Sarawak. Dalam tempoh ini agama Buddha dan agama Hindu disebarkan oleh empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra dan empayar Majapahit yang berpust di Jawa. Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

- Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

- Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya  pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.

Dalam abad ke-15, Sarawak menjadi wilayah yang autonomi di bawah kuasa sultan Brunei. Namun yang demikian, apabila pemerintah sultan menemukan antimoni di hulu Sungai Sarawak dalam tahun 1820, rakyat Brunei menghantar Gabenor Pengiran Mahkota untuk menubuhkan ibu negerinya di Kuching.  Walau bagaimanapun, masalah timbul selepas rakyat ditindas dan dikenakan cukai yang tidak adil yang memaksa Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk menghantar Perdana Menteri yakni Raja Muda Hashim, untuk menenteramkan rakyat tempatan. Semasa pemerontakan, seorang pengembara yang berbangsa Inggeris yang bernama James Brooke, tiba di Kuching dan lalu membantu mengatasi pemberontakan. Sebagai ganjaran terhadap bantuan itu, maka Raja Muda Hashim melantik Brooke sebagai Raja di negeri Sarawak.

Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, kemudian beliau digantikan oleh anak buahnya yang bernama Charles Brooke. Berikutan kematian Charles pada tahun 1917, anaknya Charles Vyner Brooke mengambil alih sebagai Raja ketiga sehingga negeri Sarawak ditakluki oleh tentera Jepun dalam bulan Disember 1941. Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada 11 September 1954, pentadbiran tentera Australia memerintah negeri Sarawak selama beberapa bulan. Pada ketika itu negeri Sarawak yang sangat mundur menjadi bankrap.  Dalam bulan Mei 1946 negeri Sarawak diserahkan kepada pihak 'Great Britain' oleh Vyner Brooke dengan ganjaran satu juta paun British. Sarawak kekal sebagai koloni selama 17 tahun sehingga 16 September 1963 ketika Persekutuan Malaysia (Penggabungan Malaya, Sabah dan Sarawak) terbentuk.