Monday 2 December 2013

SEJARAH RINGKAS TENTANG SARAWAK

(SARAWAK BUMI KENYALANG) Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manusia Zaman Batu tinggal di Gua Niah di Bahagian Miri 40,000 tahun yang lampau. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Pedagang-pedagang dari negeri China dan Siam belayar ke Borneo dalam abad ke-6 dan pada abad ke-11 mereka sampai di kampung di Santubong, ibu negeri yang pertama negeri Sarawak. Dalam tempoh ini agama Buddha dan agama Hindu disebarkan oleh empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra dan empayar Majapahit yang berpust di Jawa. Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:- - Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan. - Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni. Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'. Dalam abad ke-15, Sarawak menjadi wilayah yang autonomi di bawah kuasa sultan Brunei. Namun yang demikian, apabila pemerintah sultan menemukan antimoni di hulu Sungai Sarawak dalam tahun 1820, rakyat Brunei menghantar Gabenor Pengiran Mahkota untuk menubuhkan ibu negerinya di Kuching. Walau bagaimanapun, masalah timbul selepas rakyat ditindas dan dikenakan cukai yang tidak adil yang memaksa Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk menghantar Perdana Menteri yakni Raja Muda Hashim, untuk menenteramkan rakyat tempatan. Semasa pemerontakan, seorang pengembara yang berbangsa Inggeris yang bernama James Brooke, tiba di Kuching dan lalu membantu mengatasi pemberontakan. Sebagai ganjaran terhadap bantuan itu, maka Raja Muda Hashim melantik Brooke sebagai Raja di negeri Sarawak. Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, kemudian beliau digantikan oleh anak buahnya yang bernama Charles Brooke. Berikutan kematian Charles pada tahun 1917, anaknya Charles Vyner Brooke mengambil alih sebagai Raja ketiga sehingga negeri Sarawak ditakluki oleh tentera Jepun dalam bulan Disember 1941. Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada 11 September 1954, pentadbiran tentera Australia memerintah negeri Sarawak selama beberapa bulan. Pada ketika itu negeri Sarawak yang sangat mundur menjadi bankrap. Dalam bulan Mei 1946 negeri Sarawak diserahkan kepada pihak 'Great Britain' oleh Vyner Brooke dengan ganjaran satu juta paun British. Sarawak kekal sebagai koloni selama 17 tahun sehingga 16 September 1963 ketika Persekutuan Malaysia (Penggabungan Malaya, Sabah dan Sarawak) terbentuk. :::Anak Melayu:::

(SARAWAK BUMI KENYALANG) Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manusia Zaman Batu tinggal di Gua Niah di Bahagian Miri 40,000 tahun yang lampau. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Pedagang-pedagang dari negeri China dan Siam belayar ke Borneo dalam abad ke-6 dan pada abad ke-11 mereka sampai di kampung di Santubong, ibu negeri yang pertama negeri Sarawak. Dalam tempoh ini agama Buddha dan agama Hindu disebarkan oleh empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra dan empayar Majapahit yang berpust di Jawa. Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat nama Sarawak asal seperti berikut:-

- Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak. Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.

- Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya  pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang). Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.

Dalam abad ke-15, Sarawak menjadi wilayah yang autonomi di bawah kuasa sultan Brunei. Namun yang demikian, apabila pemerintah sultan menemukan antimoni di hulu Sungai Sarawak dalam tahun 1820, rakyat Brunei menghantar Gabenor Pengiran Mahkota untuk menubuhkan ibu negerinya di Kuching.  Walau bagaimanapun, masalah timbul selepas rakyat ditindas dan dikenakan cukai yang tidak adil yang memaksa Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk menghantar Perdana Menteri yakni Raja Muda Hashim, untuk menenteramkan rakyat tempatan. Semasa pemerontakan, seorang pengembara yang berbangsa Inggeris yang bernama James Brooke, tiba di Kuching dan lalu membantu mengatasi pemberontakan. Sebagai ganjaran terhadap bantuan itu, maka Raja Muda Hashim melantik Brooke sebagai Raja di negeri Sarawak.

Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, kemudian beliau digantikan oleh anak buahnya yang bernama Charles Brooke. Berikutan kematian Charles pada tahun 1917, anaknya Charles Vyner Brooke mengambil alih sebagai Raja ketiga sehingga negeri Sarawak ditakluki oleh tentera Jepun dalam bulan Disember 1941. Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada 11 September 1954, pentadbiran tentera Australia memerintah negeri Sarawak selama beberapa bulan. Pada ketika itu negeri Sarawak yang sangat mundur menjadi bankrap.  Dalam bulan Mei 1946 negeri Sarawak diserahkan kepada pihak 'Great Britain' oleh Vyner Brooke dengan ganjaran satu juta paun British. Sarawak kekal sebagai koloni selama 17 tahun sehingga 16 September 1963 ketika Persekutuan Malaysia (Penggabungan Malaya, Sabah dan Sarawak) terbentuk.

No comments:

Post a Comment